Psikologi

Apa Perbezaan Kesihatan Mental dan Penyakit Mental?

Assalamualaikum dan Salam Keamanan

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar tetang kesihatan mental dan penyakit mental diperkatakan yang semakin mendapat tumpuan dikalangan masyarakat kita. Negara semakin maju dan berkembang kini,  kesedaran tetang kesihatan diri sangat penting dengan masalah-masalah kesihatan semakin meningkat tetutama kesihatan mental dan penyakit mental. Oleh itu, kesedaran tentang penyakit mental dan kepentingan memelihara kesihatan mental adalah perlu.

Kesihatan mental dan penyakit mental adalah dua istilah yang berbeza, walaupun seperti agak sama sahaja dan kadangkala menyebabkan kekeliruan dikalangan  masyarakat.

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera dimana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik dan dapat melakukan aktiviti harian. Dengan itu, kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan dalam kehidupan.

Kesihatan mental juga merujuk kepada tahap kesihatan minda seseorang dan terdapat alat ujian khas untuk mengenal pasti seseorang itu berminda sihat atau tidak, ujian tersebut ialah ujian DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale), terdapat tahap skala minda yang akan dikira hasil dari ujian tersebut. Klien atau individu akan menjawab beberapa soalan yang khusus berkaitan dengan status minda mereka dalam tempoh seminggu yang telah mereka lalui, dengan itu skala ujian ini akan menunjukkan tahap kesihatan mental mereka, namun ujian ini bukan penentu bahawa mereka mempunyai sakit mental seandainya skala ujian mereka tinggi, kerana ia hanya ujian untuk kesihatan mental dan bukan untuk penyakit mental.

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Penyakit mental terdiri dari berbagai kategori penyakit, secara umumnya terbahagi kepada tiga iatu, neurosis (kemurungan dan kebimbangan), psokosis (Schizophrenia dan kecelaruan manic-depresif) dan kecelaruan personaliti.

Penyakit mental ini diukur sekurang-kurangnya dua minggu dalam keadaan individu itu tidak baik dan disertai beberapa simptoms iaitu 3 hingga 4 simptoms, sebagai contoh kemurungan, murung adalah istilah penyakit apabila kesedihan berlanjtan dan hilang perasaan seronok selama 2 minggu disertai symptoms lain seperti kurang tidur atau sukar tidur, tiada tenaga, perasaan bersalah yang berterusan, tidak dapat fokus apabila melakukan sesuatu, rasa ingin bunuh diri dan gangguan halusinasi, dan hanya doktor pakar dalam bidang psikitri sahaja yang boleh mengesahkan seseorang itu menghidap atau mengalami penyakit mental.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya penyakit mental, iaitu faktor genetik/keturunan, gangguan bahan kimia dalam otak, jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosio-ekonomi yang rendah.

Penyakit mental ini dapat dirawat, kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang berkesan didalam merawat penyakit mental. 

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.